Friday, October 2, 2009

dadah & manusia

masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam di malaysia dan juga di serata tempat. aku dahului dengan menyusun sepuluh jari, memohon maaf jika ada menyingung perasaan mana mana pihak. ini semua berlaku tidak dirancang dan tidak disengajakan.

ok..
kali ini aku tertarik untuk bercakap tentang dadah dan manusia. seperti yang semua tahu, dadah telah tercipta untuk membantu manusia dari segi perubatan. dan ada pihak yang menyalahgunakan dadah sebagai punca hiburan atau untuk melepaskan tekanan. bagi aku sendiri, hanya orang yang tak cukup perhatian, tak guna saja yang menyalahgunakan dadah. yela. orang yang macam ni ambil dadah untuk tarik perhatian orang lain. "aku hisap dadah, aku cool". tu ke yang orang cakap bagus? bagi aku seratus peratus tak. kalau dah kurang perhatian tu, buat la benda lain yang boleh dapat perhatian. masuk af ke, malaysian idol ke, pape jela. byk realiti tv kat malaysia ni. buat la benda benda pelik sikit. famous la lepas tu. tu pun takleh nak pikir jgak ke?

satu lagi hal, yang hisap dadah sebab trend. sape ajar ko hisap dadah tu trend?!! so, nanti ade la trend mati ramai ramai plak ek? BODOH! ikut sangat budaya yang bukan budaya kita. bukan dadah je, tattoo, alcohol. macam macam la. contoh la, masa indie baru baru nak naik kat malaysia ni, banyak mana anak melayu ikut budaya luar sampai dah tak nampak melayu. bangga dah tak jadi orang melayukan. yang ni pun BODOH jgak. pastu merempat takde duit sebab gatal nak hisap dadah. ni la org melayu. nanti boleh la kita tengok kat tepi tepi lorong. yang bersepah kat situ orang melayu. kalau nak hisap dadah pun, duit biar la tak habis. pastikan bapak ko ada 10 hotel kat las vegas dulu baru hisap dadah. tgk la fat joe, hisap dadah tapi besar camtu jgak. tak penah pun aku tengok macam nak kecut. die cukup makan, cukup duit nak buat semua tu tapi kita, malu la nak cakap. aku cakap ni bukan sebab nak cakap boleh hisap dadah tapi pandai pandai la pikir sendiri.

hisap dadah sebab nak cari kawan. yang ni lagi la bodoh. dah terencat akal ke ape? orang terencat akal pun boleh cari kawan sendiri, ni kan plak yang cukup sifat kena hisap dadah baru boleh cari kawan. maksudnya, pikir la sape lagi bagus kalu camni. apa yang dapat kalau hisap dadah ni? dah taknak hidup kat bumi lagi ke? nak pegi kat dunia lain ke? aku boleh bagi 1 idea bagi sape sape yang dah taknak hidup kat bumi ni lagi. pegi la kat iraq tu. jihad. biar mati sebab jihad. pastu nikmati la dunia yang baru. nak buat apa kat situ pun dah takde orang nak kisah.

aku selalu cakap yang aku bukan la baik sgt nak cakap camni tapi aku cuba untuk berubah untuk jadi lagi baik. Insyallah. Amin

Thursday, July 23, 2009

merdeka kah kita?

bosan dengan manusia yang tak syukur dengan apa yang ada. asyik nak ikut orang luar. apa hal?!
bagus sangat ke diorg ni sampai kita nak ikut 100%? kita ada budaya kita sendiri, ada cara kita sendiri. boleh maju dengan apa yang kita ada sekarang. tak cukup lagi ke? memang dasar tak pernah rasa cukup kan. dasar manusia taknak rasa bersyukur.

sekarang ni jelas kita boleh tengok orang malaysia nak ikut cara britain. apahal? tak ingat ke macam mana diorang jajah kita dulu. macam mana datuk moyang kita nak kita merdeka? masih lagi nak agungkan diorang ke? apa yang diorg ada yang kita takde? setakat budaya yang tak ke mana tu jangan la nak agungkan sangat. tak ke mana pun semua tu.

lambakkan poser terus bercambah. poser macam ni la yang merosakkan budaya kita. tak pikir sebelum buat. janji tak nampak macam org malaysia. malu nak mengaku rakyat malaysia. megah bila dipuji macam orang luar. dah la. malu la. org luar asyik gelakkan kita. kita nak sanjung diorang plak. memalukan.

ikut apa yang bagus, jangan nak gatal ikut orang lain kalau tu bukan kita.

Wednesday, July 1, 2009

sejarahasalusulgenetikbakakaum

topik kali mungkin kelihatan sedikit serius kerana ia berkenaan agama. semua ini terlintas apabila aku menonton sebuah dokumentari tempatan: jejak rasul. episod tersebut menceritakan tentang pembunuhan pertama diatas muka bumi tp itu bukan topik yg aku nak bincangkan. apa yg aku nak sampaikan adalah tentang bagaimana boleh terdapat terlalu byk kaum di atas muka bumi ini.

seperti yg kita telah tahu, manusia pertama adalah Nabi Adam. bagaimana dari satu baka dapat membiakkan begitu byk genetik seperti skrg. sebagai contoh, kaum afrika, fizikal mereka begitu berbeza dgn org asia. jika difikirkan secara logik, mana mungkin seorg manusia boleh membiakkan begitu byk genetik. bercakap tentang genetik, apa yang aku faham, manusia hanya mampu membiakkan dan menghasilkan satu genetik sahaja. mungkin ini semua kuasa Allah SWT. ini mmg tidak dapat disangkal lg. aku bukan menentang atau tidak mempercayai kuasa atau kewujudan tuhan tp hanya timbul perasaan ingin tahu.

kenapa manusia tidak sama semuanya? sedangkan kita datang dari manusia yg sama. manusia percaya kepada bukti dan fakta, begitu juga aku. tiada fakta membuktikan ini semua. ini membuat aku berfikir panjang tentang perkara ini. jika benar ada penjelasan tentang perkara ini, sila berkongsi pengetahuan kepada umum. ini adalah satu perkara penting yg patut kita tahu. siapa kita dan dari mana asal usul kita.

di malaysia sendiri kita dapat lihat begitu banyak kaum dan kita sendiri tak mampu untuk memperjelaskan tentang ini. agak rumit memikirkan perkara ini. secara mudahnya kita hanya tahu asal usul kita dari org org terdahulu seperti atuk dan nenek kita tp tidak diperjelaskan secara terperinci. oleh itu, satu kewajiban bagi kita untuk mengambil tahu tentang sejarah kita.

diharapkan ini tidak menyinggung perasaan mana mana pihak dan aku dahulukan dgn meminta maaf jika menimbuk ketidakselesaan kepada mana mana pihak

Monday, June 8, 2009

hang jebat, hang tuah dan kota metropolitan


aku bukan la jenis org yg suke tulis blog tp aku terpaksa sbb kena pakse oleh noor farah adiba azlan (sori bibik.hehehe). tadi aku terlintas movie melayu yg boleh dikatakan lama jugak la. XX-ray 2 kot. cite pasal hang tuah dan negeri melaka. aku x minat hang tuah sbb mcm tipu je die punye sejarah n byk benda yg x logik. satu lg sbb aku x minat hang tuah sbb aku suke hang jebat.

kenapa xde org nak buat movie pasal hang jebat? sbb die derhaka ke? salahke derhaka sultan sbb nk protect saudara sendiri. padahal, sultan melaka tu yg sewel. boleh dikatakan sultan lama ni xberhati perut la. rakyat yg jd mangsa utk keselesaan dan kemewahan sultan2 (byk plak aku bebel)

ni ade cadangan yg x berasas. buat satu movie pasal hang jebat. mcm mana hang jebat boleh derhaka ke, hang jebat muncul kat dunia skrg ke. ok gak tu. market ape.hehehehe. contoh la jln cite movie tu camni. refer kat cite XX-ray2 tp terbalik kan la. ade satu machine yg boleh bawak manusia datang n pergi ke zaman berlainan. saat machine siap, scientis try la machine tu. tetiba terbawak hang jebat n hang tuah ke dunia skrg. time tu hang jebat dah derhaka n hang tuah tgh sibuk cari hang jebat. so, ade la group manusia yg baik n jahat (biase la tu cite camni). so group yg baik ni try protect hang jebat n group jahat hasut hang tuah supaya guna kan kuasa yg ade untuk kesenangan mereka. so bermula cerita ni. dua pahlawan ni kena survive kat kota metropolitan dan technology yg x penah wujud kat zaman kesultanan melaka.

ending nya...
jeng.. jeng.. jeng..
kena la ade org buat movie ni dulu. baru la ending best. aku ni mane la reti nak buat movie. hehehehe

Thursday, June 4, 2009

Gig at Lil Bali, cherating!

hi. nervous dub dab dub dab nih nak tulis dlm first entry.
hahaha, macam berdebar nak kawen plak. hahaha. (ok, cut it off)
so let's skip to the subject. last weekend, main gig kat cherating.
oh, aku hanya sessionist utk band indie "sleepy jeremy"
hahahaha, apa sudah jadi pada ke-punkrock-an aku? haha. mari sama2 kita bongkar. kahkah!


itu dia, punrock bassist become an indie rocker. lol.

hok tengoh tuh rockstar. haha.

awesome gig that day!