Thursday, July 23, 2009

merdeka kah kita?

bosan dengan manusia yang tak syukur dengan apa yang ada. asyik nak ikut orang luar. apa hal?!
bagus sangat ke diorg ni sampai kita nak ikut 100%? kita ada budaya kita sendiri, ada cara kita sendiri. boleh maju dengan apa yang kita ada sekarang. tak cukup lagi ke? memang dasar tak pernah rasa cukup kan. dasar manusia taknak rasa bersyukur.

sekarang ni jelas kita boleh tengok orang malaysia nak ikut cara britain. apahal? tak ingat ke macam mana diorang jajah kita dulu. macam mana datuk moyang kita nak kita merdeka? masih lagi nak agungkan diorang ke? apa yang diorg ada yang kita takde? setakat budaya yang tak ke mana tu jangan la nak agungkan sangat. tak ke mana pun semua tu.

lambakkan poser terus bercambah. poser macam ni la yang merosakkan budaya kita. tak pikir sebelum buat. janji tak nampak macam org malaysia. malu nak mengaku rakyat malaysia. megah bila dipuji macam orang luar. dah la. malu la. org luar asyik gelakkan kita. kita nak sanjung diorang plak. memalukan.

ikut apa yang bagus, jangan nak gatal ikut orang lain kalau tu bukan kita.

No comments:

Post a Comment